"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 5 Jun 2009

Kaya Biar sampai Mati ...

MR. AKI-
semoga usaha UPM ini berjaya agar penduduk Kota Marudu terkeluar daripada 'sumpahan ' kemiskinan, suda sampai masanya katak dalam tampurung keluarkan dari dunia kegalapan ..Siapa sangka urang2 yang pakai ' santut ' sikarang sadang mambangun ..P.Banggi antara tumpuan para jutawan2 malaysia sikarang untuk melibarkan perniagaan mereka.. Mr. aki nasihatkan urang2 Banggi agar tidak tergoda sampai miring pikiran...lalu jual tanah2 bergeran pada urang luar...Tingok kawan2 d KUNDASANG gara2 inda katahanan GODAAN kakayaan sikarang tanah2 d siring jalan urang luar punya suda...






UPM Pilih Kota Marudu Untuk Kajian Tingkat Taraf Hidup Penduduk

KOTA KINABALU, 4 Jun (Bernama) -- Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memilih Kota Marudu sebagai lokasi penyelidikan biodiversiti dan sosioekonomi bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Projek selama setahun yang bermula bulan lalu itu akan memantau pengurusan sumber bakau, persisiran dan perikanan untuk dibangunkan, kata kenyataan UPM.

"Kajian ini membuka peluang dan aktiviti ekonomi yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan atau agensi berkaitan seperti aktiviti pelancongan berasaskan sumber bakau dan alam semula jadi.

"Kota Marudu dipilih kerana kawasan ini memiliki sumber asli dan alam semulajadi yang berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan di kawasan utara Borneo," kata ketua program penyelidikan, Prof Dr Fatimah Md Yusoff di dalam kenyataan tersebut.

Kota Marudu juga termasuk dalam zon Koridor Pembangunan Sabah (SDC), katanya.

"Oleh kerana 95 peratus daripada penduduk kampung bergantung kepada aktiviti perikanan, maka ekosistem bakau amat penting ke atas sumber pendapatan penduduk di persisiran pantai.

"Pengurusan yang tidak lestari akan memberi kesan negatif kepada sumber pendapatan mereka dalam jangka panjang," katanya.

Fatimah yang juga Pengarah Institut Biosains UPM berharap kajian tersebut dapat menghasilkan model pelan pengurusan hutan paya bakau lestari yang boleh digunakan sebagai panduan untuk meningkatkan penggunaan paya bakau, persisiran dan perikanan secara optimum di kawasan paya bakau yang lain di negara ini.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM