"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 6 Jun 2009

Turupung sana sini ...


Ingatan dari mr. aki - kalau d kasi sindir2 inda juga sadar2 , inda juga mangaku kasalahan, inda juga buat karaja butul... bah, tangkap saja gambar urang itu, rakam saja suara dia ... kemudian hantar pada pihak atasan untuk d ambil tindakan segara...supaya ini karajaan bersih dari daki2 bakarat, bersih dari najis !!!


Cuma yang bikin hairan bin ajaib...suda cukup bukti kadang2, d lambat2 pula kasi hukuman.. ini pun bikin maradang juga... atau ketuk punya ketuk tiba2 keluar keputusan ' inda barsala, indada bukti, manang pulak !!!


Jadi inda hairan rakyat turus cakap...minta jawaban, macam kes persidangan UMNO sanaaaaa....yang kawan mr. aki bagi tau. Mr. aki sadang kumpul maklumat sikarang untuk kes ini.. sabar kamu urang tunggu aaaaa !!!

06 Jun, 2009 16:17 PM -BERNAMA

Jangan Marahkan Umno Atas Masalah Longkang Tersumbat

SEREMBAN, 6 Jun (Bernama) -- Umno tidak wajar dipersalahkan di atas kelemahan-kelemahan pentadbiran daripada hal sekecil longkang tersumbat sehinggalah kepada permasalahan sempadan negara.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masyarakat hari ini melepaskan geram mereka kepada Umno untuk apa sahaja masalah seperti air banjir, jalan berlubang dan keadaan ini bertambah buruk apabila anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) kampung membiarkan isu-isu ini tanpa menjawabnya.

"Itu kadang-kadang Umno dilihat atau menjadi negatif kepada orang ramai sebab orang ramai beranggapan ini adalah masalah Umno," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 426 anggota JKK kampung-kampung di seluruh Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau berkata JKK sepatutnya memainkan peranannya sebagai sebahagian daripada jentera pentadbiran kerana mereka ini bersama dengan akar umbi.

"Mengapa Umno pula dijadikan bahan atau sasaran melepaskan geram berkaitan masalah-masalah pentadbiran misalnya longkang tidak bercuci, jalan berlubang-lubang, pembentung pecah, air banjir...ini menyebabkan orang ramai datang ke mesyuarat Umno dan melepaskan geram, yang menjadi mangsa adalah nama baik Umno," katanya.

Berdasarkan pengamatan beliau melalui mesyuarat-mesyuarat bahagian Umno sejak tahun lepas, hampir 80 peratus keputusan yang dibuat mempunyai masalah berkaitan dengan pentadbiran, kata Mohamad.

Katanya beliau melihat ini sebagai kegagalan masyarakat untuk membezakan antara tugas parti politik dengan sistem pentadbiran.

"Saya lihat banyak kepincangan, ada JKK yang setahun pun tidak bermesyuarat dan orang yang sama pegang dua tiga jawatan, orang tidak dapat bezakan dia ini pasal dia pegang topi JKK dan juga topi Umno. Orang tidak suka dia sebagai JKK, orang turut mengaitkan dia dengan Umno," tambah beliau.

Sebagai Menteri Besar, beliau sanggup mengakui kelemahan-kelemahan dalam pentadbirannya tetapi tidak ada sebab kelemahan itu perlu dikaitkan dengan nama parti.



MR. AKI - Taguran yang d buat oleh MB N.9 ini butul juga...kalau kita buat taguran pun pastikan pada siapa, kalau untuk ketua bahagian UMNO cakap untuk ketua bahagian, kalau untuk UMNO cakap unuk UMNO, kalau untuk pagawai karajaan sebut jabatan dan nama pagawai barkaitan .. Baru ngam, baru butul.. kalau untuk umum inda paya bagi tahu nama lah, cukuplah dengan bayang2..siapa makan LADA KOKOU pasti talinga mera2 dan kapanasan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM