"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 19 Mei 2009

Sabah Kata..

Bikin hairan butul.. cabutan purijik suda dapat 5 bulan lalu tapi inda juga mula karaja apa pasal ? bukan d sandakan saja macam ini tampat2 lain pun ada juga barlaku ini macam... dulu masa purijik2 dari KL d kandalikan oleh Jabatan pemangunan persekutuan cawangan sabah inda macam ini... asal ada cabutan karaja terus buat karaja.
dulu urang2 barkaitan mati2 minta pada pak lah supaya JPPS d bagi pada karajaan negeri buat..alasan urang sabah buli buat dan mimang buli buat tapi sikarang tiba2 lain pulak cerita..kalau d cakap inda buli buat karaja, mangamuk pulak urang2 d pajabat pembangunan negeri sabah.. siapa silap karajaan persekutuan atau karajaan negeri sabah ?
cuba kamu bagi jawaban capat2... karajaan baik tapi urang2 d bawa2 buat hal pulak, kalau indada duit kanapa d kasi buat cabutan. kalau inda tau karaja kanapa mangaku tau buat karaja. mau d ajar macam mana lagi kamu urang ini aaaaaa

60 kontraktor binggung belum terima surat arahan kerja
19th May, 2009 - sabah times


SANDAKAN: Kalangan kontraktor kelas ‘F’ yang mendapat kerja menyelengga-rakan dan menaik taraf jambatan kayu ke jambatan kongkrit di Kampung Ber-hala Darat (Sim-Sim) mela-lui sistem cabutan yang dike-ndalikan oleh Jabatan Pem-bangunan Sabah terus dilanda kebingungan kerana masih belum menerima surat arahan kerja.
Menurut jurucakap kumpulan kontraktor berkenaan, Abdul Hamid Simbal, kelewatan itu disebabkan perbezaan pandangan mengenai klasifikasi sebenar kerja yang akan dilaksanakan bagi membaiki jambatan di perkampungan itu.
“Sudah lebih lima bulan selepas cabutan yang dibuat pada akhir bulan Disember tahun lalu dan sepatutnya ker-ja disiapkan pada awal April lepas hingga hari ini belum ada sebarang berita mengenai bila enam puluh kontraktor berkenaan boleh memulakan kerja,” dakwanya.
Menurut beliau, sebanyak 60 kontraktor kelas ‘F’ telah berjaya terpilih bagi melaksanakan kerja-kerja di situ tetapi kemudiannya mendapati adalah amat sukar untuk me-laksanakan cadangan awal membina jambatan konkrit kerana keadaan persekitaran menyukarkan kontraktor.
“Dari segi teknikal sangat susah untuk melakukan kerja kerana rumah-rumah pendu-duk yang berhampiran antara satu dengan lain malah ada yang rapat dengan jambatan malah kedudukan laluan yang tidak lurus menyusahkan un-tuk memasang cerucuk,” kata-nya.
Katanya, jika cadangan itu diteruskan dengan kos seban-yak RM50,000 bagi satu syari-kat dan untuk sebuah jambatan sekurang-kurang empat kontraktor berkongsi untuk menyiapkannya bukan saja tidak munasabah malah kontraktor bakal berhadapan dengan berbagai tuntutan lain dari penduduk.
“Sudah pasti penduduk akan membuat banyak tuntutan ganti rugi kepada kami kerana berkemungkinan banyak kerosakan peralatan rumah yang berpunca dari kerja-kerja menanam cerucuk termasuk terpaksa merobohkan pantaran (kaki lima) rumah yang ada yang tidak termasuk dalam Bil of Quality (BQ) projek,” katanya.
Menurut beliau, perkara itu juga disedari oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) selaku penyelanggara Projek dan telah pun mengadakan perbincangan dengan kontraktor terlibat yang pada dasar-nya telah sepakat merayu kepada kerajaan agar meminda skop kerja dari jambatan konkrit kepada membina semula jambatan kayu di perkampungan tersebut.
Bagaimanapun katanya, keputusan masih belum dibuat oleh MPS dan difahamkan Ahli Parlimen Sandakan tetap dengan pendiriannya untuk membina jambatan konkrit sebagai menunaikan janji pilihan raya beliau.
Katanya, pada pilihan raya umum lalu calon Barisan Nasional yang juga Presiden LDP, Datuk V.K. Liew telah berjanji kepada penduduk di Sim-Sim akan menaik taraf semua jambatan kayu ke jambatan konkrit di kampung berkenaan.
Melalui bajet rangsangan RM7 bilion yang diumumkan kerajaan tahun lalu, Ahli Parlimen Sanda-kan itu telah menyenaraikan Jambatan Sim-sim telah diluluskan untuk di naik taraf sebagaimana janji beliau dan pemilihan kontraktor melalui sistem cabutan yang dibuat oleh Jabatan Pembangunan Sabah.
Akibat belum ada keputusan mengenai masalah itu yang disifatkan kontraktor tindakan tidak proaktif oleh PBT dan Wakil Rak-yat telah mendatangkan masalah kepada kontraktor bumiputera khu-susnya yang hanya bergantung dengan sistem cabutan untuk mendapatkan kerja-kerja kontrak projek kerajaan.
“SDC cuma akan memberikan peluang cabutan kedua hanya kepada kalangan kontraktor yang telah berjaya melaksanakan kerja-kerja projek pada cabutan pertama,yang gagal tidak mungkin SDC pertimbangkan dan yang jelas kami adalah kumpulan yang akan tersisih dari cabutan kedua nanti kerana masih belum memulakan kerja yang diperolehi melalui cabutan tahun lali, katanya.
Sementara itu seorang lagi kontraktor, Haji Hamdan Hamid mahu pihak MPS mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi kelewatan memberi ‘Surat Arahan Kerja’ dan jika ada pendekatan lain yang lebih baik MPS haruslah berbincang dengan pihk kontraktor agar perkara itu dapat diselesaikan segera.
“Jika keadaan itu masih lagi berlarutan kami cadangkan projek jambatang kongkrit di Sim-sim sebaiknya diberikan saja kepada Kontraktor kelas ‘D’ dan kontraktor Kelas F yang septutnya membuat kerja itu diberikan kerja-kerja di tempat lain yang berhampiran yang sesuai dengan kos RM50,-000,” tegas Hj Hamdan Hamid.
Malah beliau juga menuntut agar pihak kerajaan memberikan peluang kepada mereka untuk menyertai cabutan kedua yang dijangka bakal diadakan pada bulan ini kerana kelewatan menjalankan kerja-kerja projek di Kampung Sim-Sim bukanlah kesalahan kontraktor tetapi di pihak kerajaan selaku pemilik projek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM