"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 13 Mei 2009

(para penyokong) 'order' makanan lebih daripada saya - masidi manjun


Makanan yang kou balanja pada rakyat itu baru tahi2 gigi kou... pun kou cakap inda katantuan ' ayam mati butul ' nasiplah urang yang kou balanja ini ... inda pamanas kalau inda alamat kana tampar kou punya muka dengan panampar dusun.


Mr. Aki sampat keluar masuk buluk dan baca macam2 antaranya petikan kanyataan datuk masidi manjun d harkah. daily. net ( baca patikan d bawa ) semua yang d cakap oleh masidi itu mr. aki setuju pasal ngam... tapi yang inda ngam pasal makan. katanya penyukung lebih kuat makan dari dia... sadangkan rakyat makan inda sampai ribu2 kanapa d ungkit ? kalau inda mau balanja jangan bayar...suru urang yang makan itu bayar... mr. aki parcaya kalau pasal makan saja urang ranau inda manangis mambayar bah...bikin malu butu cakap ini datuk. dia inda ingat yang dia makan lebih banyak dari rakyat, dia lebi banyak makan sadap2 barbanding urang kampung, dia lebi banyak jenis makanan dia rasa barbanding pangundi dia... butul2 indada utak, indada akhlak, indada bahasa.. inilah pemimpin yang lupa asal usul dia...


'Perbezaan berpolitik' selamatkan BN Sabah dari tsunami

Ahmad Tajdid
Thu | Oct 30, 08 | 8:25:58 am MYT

KOTA KINABALU, 30 Okt (Hrkh) - Perbezaan berpolitik pemimpin BN Sabah berbanding Semenanjung menjadi faktor penting yang menyelamatkan parti itu daripada tsunami politik yang melanda negara pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac lalu.

"Tsunami politik memang melanda Sabah tetapi kami di Sabah telah bersedia berbanding rakan-rakan kami di Semenanjung," kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Masidi Manjun.

Masidi mewakili Ketua Menteri, Dato' Musa Aman merasmikan Seminar Politik Malaysia anjuran UiTM Sabah dan Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (inQKA), UiTM Shah Alam, dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, antara perbezaan ketara pemimpin BN Sabah berbanding Semenanjung adalah budaya 'turun padang' bagi membina hubungan dengan rakyat akar umbi.

"Mungkin kerana tiada perbezaan sosial (yang ketara) di Sabah. Kami menjalinkan hubungan dengan rakyat dan merubahnya kepada hubungan politik. Kami melihat diri kami sebagai pemberi khidmat sementara rakyat sebenarnya mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan politik kami," katanya.

Menerusi pengalamannya berkhidmat di sektor swasta di Semenanjung, wujud perbezaan darjat antara pemimpin dan ahli politik sehingga menjadi penghalang untuk berkomunikasi.

"Di sini, saya boleh minum bersama dengan pemandu saya di gerai-gerai tepi jalan. Kadang-kadang mereka (para penyokong) 'order' makanan lebih daripada saya," kata beliau yang juga Setiausaha Perhubungan Umno negeri.

Seorang pemimpin politik yang baik, jelasnya perlu menjadi penyedia perkhidmatan (service provider) kepada rakyat dan meletakkan pengundi lebih tinggi daripada dirinya.

Hubungan peribadi (personal relationship) juga, ujar beliau penting dalam politik.

"Hantar duit kepada (tuan rumah) majlis kahwin dengan datang sendiri bersalaman (dengan tuan rumah) mendatangkan kesan yang amat berbeza," katanya.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ranau memuji pendekatan pemimpin PAS Kelantan dalam mendampingi rakyat.

"Mereka bukan sahaja pergi ke rumah orang kahwin, tetapi juga ziarah rumah orang mati," katanya. - mks._

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM