"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 20 Mei 2009

Mangkali buli jadi contoh...

Mr. aki
Sabah - antara negeri yang paling banyak suku2 kaum yang tinggal dam mati d sabah. tapi Inda gadu2, inda tunjuk parasaan, inda mangamuk. Pati juga paling banyak lahir d sabah.. talampau pintar butul urang2 d sabah mangkali ? masing2 mau jadi ketua ..oklah itu, yang panting inda mangamuk.. kasi rusak nagara, kasi rusak negeri, kasi rusak parpaduan kaum.. biar pikiran inda sama tapi saling hormat antara kaum.

Beza agama tidak pisah perpaduan, kata Herbert
20th May, 2009 - Sabah Times


TENOM: Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Herbert Timbun Lagadan berkata, perbezaan agama tidak pernah memisahkan perpaduan rakyat di negara ini.

“Di Malaysia kita mempunyai puluhan etnik dengan menganut pelbagai agama … rakyat aman di Negara ini, kerana kita memiliki semangat perpaduan yang kuat,” katannya ketika menyampaikan ucaptama, di Majlis Mission 21 Women Conference.
Persidangan itu dihadiri oleh lima buah Negara asia yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan.

Malaysia merupakan tuan rumah persidangan itu yang diadakan buat pertama kalinnya memilih Tenom sebagai lokasi.
Herbert berkata, kebebasan beragama di Negara ini begitu terbuka dan semua rakyat menerimannya secara terbuka, tanpa sebarang paksaan.

“Tidak seperti di Negara-negara lain, rakyat pelbagai etnik dan anutan agama di Malaysia, boleh duduk bersama, berbincang, makan dan minum dalam suasana aman, tenteram dan mesra,” jelasnnya.

Beliau berkata, kunci perpaduan yang kuat itu adalah hasil kebijakan pemimpin, yang menekankan ‘perpaduan nadi kekuatan rakyat dan negara’.
Mengenai persidangan yang julung kali diadakan di sebuah daerah terpencil seperti Tenom, Herbert berkata, suatu permulaan yang baik yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan untuk memasarkan negeri ini di persada antarabangsa.

“Saya pasti delegasi dari luar Negara akan menikmati keseronokan, selama mana berada di Tenom dan negeri Sabah yang amat indah ini,” tambahnnya.
Persidangan itu dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai ‘Mission 21’, sebuah kumpulan teologi yang bertujuan memperjuangkan hak-hak wanita di seluruh dunia ini.

Kira-kira 100 delegasi daripada lima buah Negara asia menghadiri persidangan selama tiga hari, yang bermula pada Isnin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM