Mr. aki
Bagi pengemar makanan air tawar seperti ikan keli, tapa dan sabagainya bagus bermula hari ini hati2 pasal butul juga... mana kita tau apa2 yang d kasi makan oleh penternak d kalangan bukan islam. Sadappp memang sadap, keli dan tapa antara kesukaan mr. aki makan...d seri gombak ada kedai milik urang kalantan antara tampat mr. aki pigi makan keli/tapa.Tuan punya kadai pulak jangan main beli saja ikan2 ini pastikan pambakal ini urang islam...

Ikan keli kena sijil halal
Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
KERATAN Kosmo! 18 Mei 2009.
KERATAN Kosmo! semalam.
PETALING JAYA - Pengusaha ternakan ikan keli di negara ini perlu mempunyai sijil halal yang sah kerana mereka juga bertindak sebagai pembekal yang memasarkan produk itu kepada pihak lain seperti peruncit.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, walaupun permohonan sijil halal di kalangan penternak ikan tidak diwajibkan namun sebagai pembekal, mereka seharusnya bertanggungjawab mendapatkan sijil berkenaan.
"Sebagai pembekal, mereka mesti ingat kalau mereka tak ada sijil halal, tidak boleh bekalkan sesuatu barang itu kepada para peruncit yang menyediakan bahan-bahan halal," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai 10 kolam ternakan ikan keli di Ipoh yang didakwa penduduk dicemari dengan air sisa kumbahan dari ladang ternakan babi berhampiran.
Jamil bagaimanapun memberitahu, pihaknya bersedia untuk melakukan siasatan di tapak 10 kolam ternakan ikan keli tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...