"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 9 Mei 2009

Dr. Max Inda Masuk Ajar ?


9 mei 2009 pagi tadi si dr. max limpas kurita buruk mr. aki d simpang kg. damai, kota marudu dengan d iringi kurita pulis ke satu kampung nalayan.. takajut mr. aki gaya menteri ini, inda masuk ajar.. PM kata turun padang dan jangan resmi2, memeng dr.max turun tapi dengan pangawal main resmi2... ko ini dr.max mantang2 ko menteri bulan dan langit... bukan main2 lagi kou bargaya aaaaa ini kampung ko bah... napa pulak pakai pangiring ?

sapatutnya kou inda paya d iring bah.. kou sendiri pandu kurita lagi bagus... inda masuk ajar kou ini, kasi tunjuk pulak kuasa..inilah wakil rakyat kamik, inilah pemimpin kamik, inilah Dr kamik ...bikin sakit mata rakyat, bikin sakit ati rakyat, bikin sakitttttt




Penanaman padi besar-besaran wajar dibangun di Sabah

8th May, 2009 - Sabah Times

KOTA MARUDU: Penanaman padi secara besar-besaran wajar dibangunkan di Sabah bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.

Katanya penanaman secara komersil akan menjamin bekalan dan juga menjadi sandaran sekiranya berlaku krisis makanan dunia.

Selain itu, ia membantu persediaan negeri ini untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan khususnya beras, katanya.

“Kawasan tanah negeri ini begitu luas dan subur untuk pelbagai kegiatan pertanian. Kita harus mengambil kesempatan ini untuk membangunkan industri pertanian ke arah pertumbuhan yang lebih mapan melalui usaha memperkasa sektor pertanian negeri,” katanya.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata demikian ketika merasmikan penuaian padi projek rakan ladang Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di sini kelmarin.

Menurutnya, kerajaan negeri amat serius untuk melaksanakan program pertanian komersil dalam bidang perladangan, ternakan dan perikanan.

“Kita juga akan sentiasa menyokong dan memberi galakan terhadap perusahaan pertanian secara berkelompok serta estet,” katanya.

Yahya berkata projek rakan ladang Bernas di Kota Marudu merupakan langkah yang baik ke arah menyokong hasrat kerajaan negeri untuk mengkomersilkan tanaman padi di Sabah.

Beliau juga menyambut baik sasaran Bernas untuk mengusahakan sejumlah 4,000 hektar kawasan sawah di Kota Marudu dan daerah berhampiran Kota Belud dengan melibatkan sekitar 3,000 orang pesawah rakan ladang menjelang akhir tahun 2010.

Dengan sasaran menghasilkan sejumlah 40,000 metrik tan padi setahun, ia secara langsung akan dapat membantu mengurangkan import beras dari luar, katanya.

Pada masa ini, Yahya berkata Sabah masih mengimport sekitar 70 peratus keperluan beras negeri dan berharap kebergantungan itu dapat dikurangkan pada masa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM