"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 18 Mei 2009

Dari kelahiran sampai kematian...

Petikan akhbar d bawa ini, bukan lagi pertama x mr. aki baca atau dengar pasal urang2 miskin ini, buli d katakan isu kemiskinan ini tiap2 bibir para pemimpin ayat inilah menjadi pembuka dan penutup mana2 ucapan mereka...tujuannya membanu, tujuannya tulung urang supaya miskin menjadi kaya, indada rumah d bagi rumah dan sabagainya... perseoalannya d semananjung dan sabah, sarawak takrif urang2 miskin ini inda sama.. contoh;
Urang miskin d semananjung
- rumah mereka buruk2 pun masi papan atap zink
- ada air paip
- makan masi ada gulai, kari
- dapur gas
- ada motor, ada basikal
- terbuka luas pekerjaan
- ada letrik rumah
- jalan2 raya suda aspal
Urang miskin d sabah / sarawak
- rumah masi ada lantai babu, dinding babu, atap nipa
- dapur pakai kayu api
- indada letrik rumah
- indada basikal apa lagi motor
- makan apa yang ada ( kari, gulai kempunan )
- jalan2 lumpur / tanah mereh
- pekerjaan petani 100% peluang pekerjaan terhad
kesimpulan;
pasal urang2 miskin ini inda sama keperluan mereka.. ada d antara mereka ini kana bagi ikan dan pancing untuk mereka hidup, ubah pikiran saja inda buli... bagai mana kalau dari turun tumurun memang miskin ? itu pikiran mau d tukar pakai apa.....

Ubah cara berfikir elak miskin

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
utusanterengganu@utusan.com.my

BESUT 17 Mei - Golongan miskin digesa supaya mengubah sikap dan cara berfikir ke arah lebih positif bagi mengelakkan terus terpinggir daripada arus pembangunan dan kemajuan negara.
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, mereka tidak wajar menjadikan diri terus dilihat sebagai miskin dan tidak mampu menyara keluarga.
Menurut Ahli Parlimen Besut itu, perbuatan segelintir golongan miskin yang mempamerkan seolah-olah mereka tidak mampu keluar dari kepompong kemiskinan dan selalu menagih simpati merupakan sikap yang tidak patut diamalkan.
Jelasnya, taraf hidup golongan itu tidak akan berubah selagi mereka sendiri tidak sanggup berusaha dan kerajaan hanya mampu menyediakan peluang dan melakukan pelbagai perancangan yang sesuai.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perumahan Lembaga Tabung Haji yang melibatkan kos kira-kira RM300,000 di Taman Tasek Kuala Besut dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut dan Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali.
Sebanyak 12 keluarga miskin terpilih menerima rumah percuma berharga RM25,000 sebuah itu yang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Haji sebagai satu program kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat.
Kesemua penerima bantuan rumah itu ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur kerana terpilih dan menyifatkan projek perintis Lembaga Tabung Haji itu sebagai satu cara meringankan beban golongan miskin untuk mendapatkan rumah.
Salah seorang penerima bantuan, Hamidah Ab. Rahman, 38, berkata, sebelum ini, dia terpaksa menyewa rumah dengan kadar sewa RM150 sebulan.
''Dengan pemberian rumah ini akan banyak meringankan beban kehidupan saya dan tiga orang anak berumur antara 15 hingga 18 tahun setelah kematian suami sejak empat tahun lalu," ujarnya.
Safiee Abdul Rahman, 29, berkata, dia yang tinggal bersama isteri, Rashidah Mohd. Amin, 21, merasa cukup lega kerana mendapat sebuah rumah yang tidak mungkin mampu dimilikinya menerusi kerjanya sebagai penjual makanan daripada ikan.
Tambahnya, sebelum ini, dia menyewa rumah sebanyak RM120 sebulan.
''Kini saya mampu menyimpan sedikit sebanyak sebagai menghadapi keperluan semasa berlaku kecemasan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM