Bah apapun kamu urang tingok2 juga aaaaa kiri kanan, dapan balakang bila pigi sanaaa KAAMATAN jangan sampai kamu urang ilang ingatan gara2 ikut batanding ' minum lihing '
Tingok kamu gambar sumandak yang pakai sirung... bukan alang2 lawa kannnn... bikin baliur tatalanan anak muda. MR. AKI
Kaamatan wadah perkasa pertanian
|
|
PAPAR 1 Mei - Pesta Kaamatan yang disambut pada Mei setiap tahun perlu menjadi wadah kepada rakyat negeri ini untuk memperkasakan bidang pertanian dan industri asas tani supaya lebih maju dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi global.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, dalam konteks semasa, Pesta Kaamatan tidak seharusnya dilihat sebagai medan memperkukuhkan perpaduan dan memartabatkan seni budaya semata-mata.
''Ia tidak mustahil untuk kita realisasikan dengan semangat kerjasama, berganding bahu dengan tekad serta azam yang kukuh sesuai dengan tema sambutan kali ini iaitu Bersama Membentuk Masa Depan Yang Lebih Baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dewan Masyarakat di sini hari ini.
Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Juhar Mahiruddin; Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan; Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ahli Dewan Undang Negeri Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail dan Pegawai Daerah Papar, Iman Ali.
Musa berkata, penganjuran sambutan perayaan seperti Pesta Kaamatan jelas membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan, kehendak dan aspirasi rakyat di negeri ini.
Katanya, sudah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat komitmen rakyat tanpa mengira latar belakang etnik dan kepercayaan menjayakan setiap perayaan yang diadakan, khususnya membabitkan perayaan sesebuah kaum di Sabah.
''Saya percaya segala usaha memperkasakan seni budaya tempatan akan mengukuhkan jati diri rakyat pelbagai kaum dan seterusnya menyumbang ke arah menjayakan dasar dan program pembangunan kerajaan," katanya.
Sementara itu, Pairin berkata, Pesta Kaamatan bukan sekadar mewujudkan ruang untuk bergaul tetapi dapat membentuk perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat.
Katanya, sambutan perayaan seperti Pesta Kaamatan telah memberi kesan mendalam kepada masyarakat sejak sekian lama justeru ia perlu dikembangkan kepada generasi muda.
''Meskipun kita berhadapan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, berkat kesungguhan, perpaduan dan persefahaman dalam masyarakat, perayaan besar seperti ini dapat diteruskan dalam apa jua keadaan," katanya.
Dalam pada itu, perayaan Pesta Kaamatan yang disambut selama sebulan akan diadakan secara berperingkat-peringkat di daerah-daerah seluruh Sabah.
Kemuncak sambutan perayaan Pesta Kaamatan akan diadakan pada 31 Mei ini di Pusat Kebudayaan Kadazan Dusun, Penampang, Kota Kinabalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...