"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 18 April 2009

Musa nafi akan rombak Kabinet

Pada pandangan mr.aki sebagai urang kampung bagus Musa Aman tukar barisan kepimpinan sabah, supaya aman dari pandangan masyarakat umum terutamanya kedudukan japlin. Inda bagus d tahan2 lama nanti bangasa, nanti busuk dalam barait...kalau suda berkudis buat apa mau d kasi tapuk2 itu ?


Mr.AKI




MUSA Aman (kanan) bersalaman dengan timbalannya, Yahya Hussin sambil diperhatikan Joseph Pairin Kitingan (tengah) semasa memulakan penggal kedua persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-13 di Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 17 April - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman hari ini menafikan khabar angin akan merombak Kabinet Sabah berikutan seorang Pembantu Menterinya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah.

Beliau berkata, rombakan Kabinet tidak perlu kerana dakwaan rasuah terhadap Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Japlin Akin itu masih di peringkat siasatan dan belum dibuktikan bersalah.

"Japlin cuma disiasat dan masih belum ada apa-apa lagi (hasil siasatan), jadi tidak perlu (ambil tindakan terhadapnya)," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pembukaan rasmi Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-13 di sini hari ini.

Musa mengulas khabar angin kononnya beliau akan merombak Kabinet Sabah berikutan siasatan SPRM terhadap Japlin atas tuduhan rasuah.

Selain isu Japlin, rombakan Kabinet dikatakan akan diadakan kerana sehingga hari ini Musa belum melantik pengganti bekas Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Melanie Chia yang meletak jawatan selepas Parti Maju Sabah setelah mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) tahun lalu.

Musa berkata, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut kerana SPRM belum lagi membuat sebarang keputusan.

Sementara itu, Japlin ketika ditemui berkata, beliau sedia melepaskan jawatan jika diarahkan Musa untuk berbuat demikian.

"Saya serahkan perkara ini kepada Datuk Seri Musa Aman untuk tentukan kedudukan saya. Apa sahaja keputusan, saya akan terima dengan hati terbuka," katanya.

Beliau menambah, perkara yang lebih penting adalah terus berkhidmat untuk parti, sama ada dengan jawatan atau sebaliknya. - UTUSAN MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM