Dalam karancakan rakan2 ternak lintah mangkali inda kita sedar atau inda kita mengambil kajian. Tantang pasaran lintah d daerah kita urang.. kalau kita ikut d samananjung memang baguss tapi kadang2 kita lupa bebarapa pakara, antaranya keadaan persikataran, keperluan, pasaran.. d samananjung yg mr. Aki nampak apa saja kita jual laku, inda sama d sabah contoh dia... d samananjung daun pisang barabut urang membali pasal keparluan.. d sabah indada harga daun pisang pasal masing2 ada tanam sebahagian tampat tumbuh meliar.. D tambah lagi daun pisang bukan satu keparluan ramai. Nah, ini lintah pun sama. D sabah indada kilang lintah.. indada kadai lintah, indada syarikat bali lintah...las2 apa kajadian ? itu lintah indada harga, indada guna sudaaa..macam satu masa urang barabut-rabut tanam safoda pasal d bagi tau siapa tanam kayu safoda tatap kaya... sikarang apa jadi ini kayu safoda ? indada harga.. pasal karajaan inda kasi sadia pasaran dia.. mr. Aki takut2 juga ini lintah akan jadi macam kayu safoda..akibat lintah darat - Mr. aki
Utusan Malaysia
KOTA KINABALU 26 April - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri diminta supaya memantau kursus-kursus ternakan lintah yang dianjurkan oleh pihak tertentu di negeri ini
Ahli Parlimen Putatan, Datuk Marcus Majikol berkata, ia bagi mengelak bakal penternak lintah mengalami kerugian berikutan ternakan itu belum mempunyai pasaran di negeri ini.
''Kita telah menjalankan kajian bahawa ternakan lintah tiada pasaran di negeri ini. Oleh itu kita khuatir pengusaha lintah ini akan mengalami kerugian akibat tiada pasaran lintah.
''Saya berharap, mereka ini faham dan akan mengkaji pasaran sebenar ternakan lintah di Sabah, agar orang ramai tidak tertipu," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
Menurutnya, para penganjur kursus perlu menyedia pasaran dan sedia membeli lintah yang telah diternak di sini supaya para penternak mendapat keuntungan sewajarnya.
''Baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa para pengusaha lintah, setelah mereka mengikuti kursus dan menjalankan ternakan lintah itu tetapi lintah yang diternak ini tiada pasaran tetap dan tiada pembeli, menyebabkan mereka mengalami kerugian.
''Sepatutnya mereka menyediakan pasaran kepada para pengusaha ini bagi memasarkan lintah mereka,'' katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti menternak lintah ini dinasihatkan supaya mengkaji dengan lebih mendalam berhubung soal pasaran ternakan itu.
''Kalau pasaran tiada, bagaimana mereka ini memasarkan ternakan lintah bagi mendapatkan keuntungan hasil daripada kursus yang disedia oleh pihak tertentu.
''Oleh itu, kementerian perlu campur tangan bagi mengatasi masalah ini. Jika ada pihak yang menganjurkan kursus ternakan lintah tanpa memberi khidmat pasaran, pihak tersebut perlu dikenakan tindakan.'' katanya.
Justeru, katanya, mereka yang ingin menjalankan ternakan lintah perlu berwaspada tentang kursus yang ditawarkan bagi mengelak usaha tersebut tidak menjadi sia-sia.
Buat apa piara limbata,bagus lagi piara ayam ka itik ka kambing ka atau pun karabau.kalau tidak buli jual pun kurang-kurang buli makan sandiri.sikarang itu limbata apa macam,bagus cuba-cuba buat sup ataupun bikin pusas.Aramaii tiii.
BalasPadamKyro. limbata bikin pusas heheh
BalasPadamitulah bah, bikin kasian juga urang2 kita yang piara lintah ini.. inda apa kalau tukang bali limbata ini nanti turus2an ada.. kalau indada macam panas2 tahi ayam saja nahhhh bikin rugi urang kampung.