Bah siuk juga karaja kamu urang ini, main tangkap2 sapi demi kebercian pekan, bandar. Oleh itu sia cadangkan pegawai2 d Tandek, Kota Marudu, Kota Belud dan mana2 saja yang ada sapi,karabau,kambing ... yang suka2 saja tuan dia kasi lapas dia punya piraan meniru pagawai Ranau buat karaja. Sia puji kamu urang berani ... si pemilik pulak macam indada pikiran, macam karabau, sapi, kambing dia juga, kalau mau jadi penternak ok bah indada urang mara... kamu kaya pun kamu juga yang untung tapi janganlah kasi lapas,inda apa kalau kamu urang juga yang pungut itu tahi dia .... banyak kajadian suda gara2 kamu punya binatang tidur d jalan2. Bila kana langar kamu mangamuk indada ketantuan ... indada utak butul, serupa itu karabau, sapi dan kambing. Kasianlah pada keluarga kematian anak bini, gara2 talangar binatang kamu... Budu butul punya parangai.
Utusan Malaysia
RANAU 30 Mac - Majlis Daerah Ranau (MDR) memberi amaran tindakan tegas termasuk menangkap dan melelong haiwan ternakan khususnya lembu yang dibiarkan berkeliaran di sekitar pekan berkenaan.
Pegawai Eksekutifnya, Jupirin Ruhimin berkata, masalah haiwan berkeliaran itu mengganggu lalu lintas dan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.
Tambahnya, tindakan tegas itu terpaksa diambil kerana masih ramai pemilik haiwan bersikap tidak ambil peduli dan enggan mematuhi amaran yang telah dikeluarkan oleh MDR sebelum ini.
''MDR akan menangkap dan melelong haiwan-haiwan yang berkeliaran jika pemilik tidak datang mengambil semula haiwan ini selepas notis iklan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu haiwan berkeliaran di sekitar pekan Ranau sehingga mengganggu orang awam terutama pemandu kenderaan.
Haiwan-haiwan itu juga dikatakan menyebabkan persekitaran pekan Ranau kotor kerana terdapat tompokan najis lembu dan sampah sarap daripada tong sampah yang diselongkar haiwan terbabit.
Jupirin berkata, masalah haiwan berkeliaran semakin sukar dibendung kerana MDR turut mengalami masalah kekurangan kakitangan.
''Masalah sekarang ini, kita susah untuk membuat tangkapan kerana kekurangan kakitangan. Kita belum dapat mengambil pekerja baru kerana faktor kemampuan bayaran gaji.
''Justeru, MDR meminta kerjasama pemilik haiwan ini jangan membiarkan ternakan mereka," ujarnya.
Beliau berkata, kebiasaannya haiwan-haiwan itu berkeliaran untuk mencari makanan kerana pemilik mereka memagar kawasan rumput terutama pada musim mengetam padi.
Bagaimanapun, katanya, MDR tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu demi memastikan imej pekan Ranau tidak terjejas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...