"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 24 April 2009

Tunggu Masa Kami ' X ' ?


Kali ini mr. aki tarpakasa turun dari bukit untuk tulung urang2 tana rata... Kanapa mr. aki turun ? andang2 karaja mr. aki tulung urang yang kana tindasssss.... dan tarpakasa mr. aki tarik balik pujian kepada pihak yang berkaitan seperti yang mr. aki kasi pos dalam buluk itu ariii.... rupa2nya bulun ada jawaban pasti kes jalan tandik - longob dengan jelas dan bikin puas ati yang terlibat.


rumah2 yang bertanda x ini hanya beberapa kaki dari pada jalan yang sadang d aspal yang dulu mereka ini telah kenyang makan habuk...tapi hari ini mereka bersyukur pada kerajaan, namun ketulusan kerajaan telah d persalakan oleh manusia2 rakus, manusia2 inda jujur, manusia2 inda amanah, manusia2 penindas... wajar mereka ini d hukum dan d buang daerah... agar cemerlang, terbilang dan gemilang tidak d jadikan sebagai tembiranggggg.... keadaan ini tidak mungkin kerajaan mencapai 1 malaysia kalau pihak2 lain yang penjahat d jadikan pemimpin.


tanda x kalau dalam pilihan raya bermaksud ' tanda sokongan yang kuat ' undi seperti ini inda rusak... tanda x inilah d idam2kan oleh setiap calun agar manang.. tanda x ini juga merupakan kasi kala mana2 calun... kamu urang ingat, urang2 meskin ini punya kuasa tiap2 5 tahun, urang2 yang d janjikan gantirugi ini akan menilai kejujuran setiap inci tana yang kamu aspalllll... urang2 ini punya talinga, mata dan kuasa... ari ini kamu buli kasi buyuk, kasi tipu, kasi budu2.... tapi mereka ini bukan karabau yang diam....

urang tua ini .... buli kita kasi buyuk2 tapi anak2 mereka suda pasti menjadi pembila mereka ketika waktunya.... ingat tanda ' X '


rumah bertanda x bermaksud bakal mendapat gantirugi daripada kerajaan melaluai syarikat yang membuat jalan tandik - longob... tapi sehinga hari ini mereka belum mendapat apa2 gantirugi, apakah tunggu sehingga sykt buat penyerahan kpd JKR baru d bagi gantirugi ...? atau tunggu sehingga tuan2 rumah yang terlibat mati ?


Lori2 antu yang angkat batu, tana dan segala macam untuk kasi siap jalan Tandik - Longob ( cuba kamu lihat d cermin indada langsung kelulusan JPJ untuk lori ini, indada cukai jalan... tapi kanapa lori2 ini bebas berjalan ? apakah lori ini punya keistimawaan ? sedangkan dalam pengatahuan mr. aki mana2 kenderaan yang berjalan d wajibkan membayar cukai jalan... kalau inda d saman, bukan ? . Tapi kalau urang kampung punya kereta lewat 2, 3 hari bayar cukai mati2 JPJ kejar kasi saman... inda cukup itu pulis juga keluarkan saman. Bikin hairan butul


( Klik gambar ini untuk dapatkan gambar besar ) inilah syarikat yang sedang buat jalan d tandik... Terima kasi kerajaan. Cuma tolong pantau ini kerja2 mereka apakah mengikut undang2 yang d kehandaki oleh kerajaan... sebelum membuat bayaran.


Pengerusi JKKK, ketua kampung dan pemaju mukim, kg. nolotan bersetongkol dengan syarikat. Menurut sumber orang kampung nolotan, ketika pengerusi JKKK mabuk minum tapai... dia membuat pengakuan bahawa beliau telah mendapat wang dari syarikat.. Apa maksud d sabalik wang itu ?, kenapa beliau d bagi wang ?, berapa banyak ? , kes ini perlu d jawab dengan segera..dan hanya SPRM buli kasi bungkar pengakuan JKKK ini.

mr. aki kasi ingat sama ini pemimpin peringkat kampung jangan tipu urang2 kou bahhhh ... budu butul kou ini... cari makan bukan inda buli tapi buatlah cara bagus, surat2 yang kamu kasi keluar itu ..untuk dapatkan ganjaran dpd sykt inda buli kamu kasi tapuk... suda dalam simpanan urang2 yang talibat.




gambar bawa/atas jalan kayu balak, bakal d aspal bila2 masa saja... sedangkan dalam palan JKR jalan yang patut d naiktaraf bukan jalan lama ( jalan kayu balak ) . Kanapa JKR berdiam diri ?, kanapa wakil rakyat juga diam2 inda bacakap ?, apakah mereka mendapat imbuhan....daripada syarikat berkaitan.


Ingat salagi surat2 yang mereka bagi pada tuan DO inda terjawab, selagi itu suara rakyat inda beranti barcakap... ingat selagi rumah2 bertanda x inda mendapat apa2 selagi itu mereka tunggguuuu... ingat x 3

Khamis, 23 April 2009

Tarima Kasi


Mr. Aki d kasi paham oleh sahabat semalam pasal jalan bingkuk tandik – kg. Longob dalam DUN N. 5 Sabah yang d galar oleh sahabat mr. Aki sabagai jalan maut karana cukup bahaya sifatnya.. suda d ambil tindakan untuk d kasi lurus.. nah ini baru karaja bagus, suara rakyat d ambil kira. Rakyat yang budu saja yang inda ucap terima kasih pada karajaan.. jadi mr. Aki ucapkan jutaan terima kasih kapada mereka2 yang terlibat buat kerja ini, terutama sakali sdr TIKUNG ( klik buluk suara anak marudu d sisi kiri buluk ini ) karana taling dia suka kaluar...untuk bantu urang kampung.

Pangawal vs Malaikat ?


Macam mana kasi tumpa ' SETIA ' pada pemimpin kalau pemimpin itu inda setia. Betul apa yang Pak Najib cakap, muda2an ini bukan ucapan saja tapi menjadi kenyataan dan amalan... Rakyat kalau setia indada gunanya juga kalau inda d tulung, rakyat bagi undi tapi bila rakyat berjumpa dan bersalam dengan menteri itu, tangan inda sampai... itu tangan kempunan bersalam, apa lagi d bagi ruang bercakap... gara2 pangawal peribadi buat keraja butul2 , inda apa kalau bersikap mesra dan lembut ini main2 tolak2, bila berpakaian lain2 d siasat, bila nampak ada surat d tangan d rampas. Mr. aki nasihatkan pada pak menteri ini.... bagi tau pada pengawal jangan main kasar pada urang, kalau takut bos dia inda salamat... mampukah dia tolak malaikat maut ketika dia mencabut NAPAS bos dia ? kamu urang jawbalah...jadi kasi lungar2lah inda semua yang mau jumpa itu minta tanda tangan PURIJIK, dan kalau minta tanda tangan pun bagi peluang... dapat inda dapat yang penting urang itu puasa ati dapat jumpa menteri dan dapat tandatangan...urang kampung kalau dapat barsalam dngan menteri apa lagi PM sampai mati dia kanang dan ingat.

Baik d balas baik, buruk d balas buruk. MR. AKI

Najib hargai kritikan

KUALA LUMPUR 22 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menghargai setiap kritikan tetapi ia hendaklah dibuat dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan.

Malahan, kata Perdana Menteri, jika tiada ruang untuk kritikan membina mahupun pertentangan pendapat yang dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik, ia akan merugikan kerajaan.

"Dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, komited kepada tugas dan berdedikasi," katanya dalam laman blog beliau, www.1malaysia.com.my, mengenai nilai kesetiaan dan penerimaan sebagai satu daripada nilai utama 1Malaysia.

Najib berkata, kesetiaan tidak bermakna seseorang itu tidak boleh mengkritik pemimpin.

"Saya menghargainya, sama ada ianya diasaskan kepada perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawatan, bahawa akan ada peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina, malahan kritikan, yang pada saya, adalah diperlukan.

"Pada saya telah berlalunya hari-hari bila mana kesetiaan disalah anggap sebagai kepercayaan membuta tuli atau memiliki kuasa penuh dari segi perhubungan peribadi yang mana anda boleh melakukan apa saja yang anda mahu dan tidak dipertanggungjawabkan. Pada saya itu adalah salah," katanya.

Namun, kata Najib, kesetiaan hendaklah disertai dengan keupayaan dan kemajuan.

"Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi lupa bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah tidak mencukupi. Benar, kesetiaan adalah penting tetapi ia perlu disertai dengan pertimbangan lain juga," katanya.

Katanya, rakyat perlu beralih daripada konsep toleransi semata-mata kepada penerimaan kerana konsep penerimaan akan memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa sesuatu perkara itu akan diterima sepenuhnya secara positif berbanding toleransi di mana sesuatu itu akan tetap diterima walaupun tidak menyukakannya.

"Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara itu dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata," katanya.

Katanya, konsep penerimaan adalah penting kerana rakyat tidak lagi merasa terbeban dan tidak dipengaruhi sebarang tanggapan negatif malah mahukan khidmat terbaik.

"Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, kaum lain dan mengadun semua ini agar secara terkumpulnya akan menjadi lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu," katanya.

Beliau berkata, dalam memupuk konsep penerimaan, kerajaan perlu memulakan polisi yang adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kerajaan seperti membantu orang miskin dalam semua golongan.

"Maka semua program dan peruntukan kewangan wajib mencerminkan keperluan mengatasi masalah golongan miskin merentasi lapisan etnik dan kaum," katanya.

Najib berkata, peluang seperti pendidikan, biasiswa dan bantuan kewangan perlu mencerminkan bahawa setiap rakyat Malaysia berupaya membangunkan diri tanpa mengira jantina dan tidak terdapat sebarang had.

"Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda, ia ditentukan kerana keupayaan peribadi anda sendiri," katanya. - BERNAMA

Rabu, 22 April 2009

Kabal atau Babal ?


Undang2 inda sama mangkali ? atau ada utak udang d bawa batu ...


Kurita2 ini bukan d jual aaaaa tapi tungu masa d kasi bagus oleh tukang buat kurita. Kamu urang nampat kaa ? urang dakat2 luri basar itu .... tuan dia punya kurita mangkali itu, pasal ada satu urang lagi d bawa luri sadang bikin. Yang bikin inda masuk utak kurita2 ini ada saja tiap2 ari... kalau bukan 10 , 20 labi tarmasuk motor...dan suda bartahun-tahun kajadian ini barlaku. Inda pulak d kasi saman oleh MDR atau Pulis Ranau... apa agaknya ilmu tuan kaya tambirang ini pakai ? sampai batraun-taun dia buat ini karaja... sampai rumput mati, tana macam tampat karabau barkubang suda gara2 kurita barsusun... Cuba kamu urang Ranau cari jawaban ...? kanapa wakil rakyat diam2, kanapa pagawai perlesinan diam2,kanapa JKR diam2, kanapa pulis diam2, kanapa urang kampung diam2.......

bangkal ini ada KABAL atau BABAL mana satu ? atau memang andang2 cara d Ranau punya undang2.... kalau d tampat mr. aki lain pulak...




Sampai itu kurita paking d dakat pintu sikula ini
Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM