"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 19 Jun 2012

RAKYAT SABAH SUKUNG TINDAKAN LAJIM KELUAR umno ?

1. Sabah Times hari ini kasi tau rakyat malaysia tindakan LAJIM UKIN keluar UMNO
2. LAJIM UKIN paling BARANI
3. Rakyat SABAH SUKUNG tindakan LAJIM UKIN
3. PM datang di Sabah .. Lajim bilang BABAII Gaman

Menurut BOMO PULITIK SABAHAN banyak lagi pemimpin UMNO Sabahan akan ikut tindakan LAJIM .. inda kamu urang percaya inda apa2 bah .. pandapat aki sanang saja, pulitik bukan sagala-galanya.

Lajim letak jawatan Ketua Cawangan Umno
18th June, 2012 ( SABAH TIMES )
BEAUFORT: Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian baru-baru ini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Beliau membuat pengumuman itu semasa berucap pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahiran beliau yang dianjurkan oleh Keluarga, Mayang dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang diadakan di kediamannya pada malam Sabtu.

“Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu,” katanya.
Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Umno Bahagian Beaufort .

“Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” kata Lajim.

Menurutnya ada pihak telah mencabar beliau dengan berkata “kalau Lajim berani, umumkan letak jawatan dalam Umno”. Tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan cabaran itu namun saya mencabar pucuk pimpinan berbuat demikian dan Rakyat Klias dan Parlimen Beaufort sudah sedia menanti apa saja tindakan pucuk pimpinan BN atau Umno.

Katanya, setakat ini beliau masih “pemimpin kerajaan” dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan bila tiba masanya cabaran-cabaran itu akan dipertimbangkan.

Kataya, desakan itu hanya dilontarkan oleh segelintir individu yang mempunyai agenda peribadi dengan menjadikan Halaman Sosial (Facebook ) sebagai medan untuk menghentam peribadi beliau terutamanya menjelang PRU ke-13.

“Siapa mereka yang mendesak saya berbuat demikian, jika saya melakukan kesalahan parti dan kerajaan boleh mengambil tindakan untuk memecat saya, lagipun bukan mereka yang menentukan masa depan saya, sebaliknya rakyat di kawasan ini,” katanya ketika berucap di hadapan lebih dari dari 5,000 orang penyokong dari pelbagai kaum dan agama yang hadir ke majlis sambutan hari jadi di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu.

Menurut Lajim, mereka tidak berhak membuat desakan itu sebaliknya beliau menyerahkan kerjaya dan masa depan politiknya kepada rakyat di kawasan Parlimen Beaufort.

“Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini, ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan dan ianya hanya majlis sambutan harijadi saya dan saya bersyukur serta berterima kasih atas kehadiran yang sebegini meriah,” katanya.
Tambah Lajim beliau tidak akan menjadi pemimpin seumur hidup, bagaimanapun jika rakyat masih mengharapkan kepimpinan beliau sebagai pemimpin di kawasan itu beliau akan meneruskan perjuanganya bagi membela masa depan rakyat khususnya di kawasan itu

“Dalam dunia politik ini kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu “Yes Man” perjuangan sebenarnya perlu berpaksikan kepada kehendak rakyat sebagaimana Slogan dalam Gagasan 1 Malaysia ‘Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan’,” katanya.
Menurutnya, pihak-pihak yang beragenda ini tidak perlu gusar dan perlu melakukan desakan untuk beliau keluar dan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti kerana yang menjadi kata pemutus bukannya mereka tapi rakyat.

“Tindakan golongan tertentu yang menimbulkan provokasi ini mencerminkan kebimbangan dan ketakutan mereka untuk menyerahkan nasib dan masa depan politik mereka yang bakal ditentukan rakyat apabila tiba masanya,” katanya.
Tambah Lajim, menyedari golongan ini tidak mendapat sokongan rakyat, mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap wibawa kepimpinan yang ada tetapi pada masa sama tidak pula menimbulkan bahawa mereka juga mendapat kejayaan di bawah kerangka yang ada.

“Kelompok ini hanya berani berselindung di sebalik anarki melalui provokasi fitnah memfitnah dan adu domba jika benar mereka boleh memimpin beranilah untuk bersaing di gelanggang demokrasi, pasaran idea dan agenda masa depan negara berlandaskan kehendak dan pilihan rakyat,” tegas Lajim.

Beliau berkata bersedialah untuk diteliti dan dihakimi rakyat berdasarkan wawasan, idea, dasar, program dan rekod pencapaian yang ada.

Sambil memberi jaminan beliau akan terus berjuang dalam kerjaya politiknya demi kepentingan rakyat di kawasan tersebut selagi khidmat beliau rakyat meskpipun dalam wadah yang berbeza, Lajim berkata agenda bagi membawa perubahan yang besar terhadap kehidupan rakyat perlu diteruskan.

“Masih banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan agar tidak ada kelompongan dalam usia kemerdekaan yang semakin matang rakyat berhak menikmatinya,” katanya.

Di majlis itu juga, Lajim turut melancarkan Buku Perlembagaan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) edisi kedua.

Khamis, 14 Jun 2012

TIPU PEMBACA ?

TINGOK SINI 

DIA BILANG 

Bersama Pengarah YADIM Sabah, Datu Liman Datu Hussin di rumah beliau di Taman Jumbo, Petagas, Kota Kinabalu. Menimba pengalaman dari insan yang telah lama berjuang mengIslamkan orang di seluruh Sabah. Antara kata-kata beliau, "Kesusahan yang para pendakwah hadapi kini amat kecil jika dibanding dengan kesusahan dan penderitaan yang ditanggung Rasulullah SAW dan para sahaba

1. Kalau kasi tunjukk pangaru pun tingok2 lah ... jangan sampai kasi kaliru urang, urang samananjung buli lah ko buat mcm itu .. tapi inda semua 

2. urang sabah lagi lah ... jangan sampai kasi lap arag muka datu liman dan katara kalangkabut inda kasabaran mau kasi tingok urang supaya urang bilanggg ' WOWWWWW hebat 


pencuriii PINTAR


1. karaja dakwah bagus,sukung,mulia .. tapi kalau ada sambil baranangg sambil curi2 minum , inda bagus, kutur, main culasss

2. kalau inda kana tagurrr malarrr lapuran kasi silam kunuuu .. kasi silam baguss tapi yg kurangg asam apabila urang yg suda silam zaman mustapa dan ariss juga di bilang mualapp .. baru masuk silam

3. kasi budu2 urang yg mangasii duit, kasi tunjuk dia bukan alang2 hebatt ... apa guna hebat kalau inda jujur

4. main pulitikkk atas nama mualap ... samantara urang2 yg taksub di pasbuk , langsung inda mau menarimaaa ada urang kasi tagurrr 

Laporan "PengIslaman Saudara di Pedalaman Sabah':
Rekod duit dalam uncang projek kita sekarang RM65,213. Jumlah yang sudah dikeluarkan adalah RM43k untuk membiayai Misi I - VII. Baki dalam uncang: RM22,213. Jumlah yang sudah memeluk Islam sejak Misi I bermula pada November 2011 adalah 115 orang.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM