"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)
SINI KAMU URANG
Rabu, 14 Disember 2011
HANCURRRR
Klik gambar kasi basar-basar supaya kanampakan apa di bilang... kota marudu bakal hancur dan tungang langang, kamu jawap kunu perkara yg dia bilang ini. Barani kerana benar, jangan takut kecuali mereka yang buat ini karaja ..aki ingat ini pokok inda baguyang kalu indada angin.
Selasa, 13 Disember 2011
Kota Marudu di landa PARANGGG
ULASAN AKI;
Urang2 pulitik kadang2 budu dan tolol .. inda pandai guna akal, ikut suka kapala dia saja..cuba kamu ikut petikan di bawa, baru kamu tau. Kalau aki di tanya, maka aki jawap macam ini.
1. jawapan aki ikut pikiran pulitik; Baintin bilang suda sampai masanya kawasan bandau atau tandek bagi sama UMNO .. pasal itu ini alasan dia mengikut pangamatan beliau sabagai urang pulitik, pada aki pakara ini inda sala, inda berdusa ..kalau bilang PBS ini itu juga mereka ada hak bacakap .. yang panting jangan macam karabau di cucuk idung ' baintin aki lihat bukan di cucuk idung .. pasal di bacakap sebagai pengundi.. lagi pun MAX suda lama jadi pemimpin di kota marudu, aki pun busan suda cara di memimpin... kamu inda parcaya datang sendiri sana kota marudu.
2. Mimanglah ada purujik2 yg MAX buat dan bawa tapi dan siappun yg jadi pemimpin di satu2 kawasaan itu karaja dia .. cuma jangan BUDU mangatur dan balik2 urang dia saja yng kanyang.. MAX suda 20th duduk sini bandau, kalau satakat PPRT bilang dia barjaya buat aki bilang PALUIIII mata ko malihat dan KARING UTAK menilai.. patut 20th dia buli buat bandau satu daerah yang Maju ..butullah dia maju.
KENYATAAN Presiden Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB), Baintin Adun @ Abdul Halim (tersiar di akhbar tempatan) yang meminta pucuk pimpinan Umno menggantikan Ahli Parlimen Kota Marudu (Dr Maximus Ongkili) dan Adun Tandek (Anita Baranting) tidak mewakili keseluruhan persatuan itu kerana tiada mesyuarat untuk tujuan itu pernah diadakan.
Timbalan Presiden PKSB, Hendrus Anding (gambar) berkata kenyataan Baintin yang juga mendakwa kedua-dua wakil rakyat Parti Bersatu Sabah (PBS) itu sebagai tidak menjalankan tugas dan gagal mengetengahkan masalah masyarakat Kimaragang dan Rungus sebagai kenyataan peribadi bermotifkan politik.
“Mungkin Baintin banyak menyerap semangat pidato dan gaya berhujah ketika menghadiri persidangan Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini, namun sejauh berkaitan dengan suku Kimaragang dan Rungus, Ahli Parlimen dan Adun telah bekerja keras membawa pembangunan, di samping berlaku adil kepada semua suku dan parti-parti komponen BN (Barisan Nasional),” kata Hendrus yang juga Ketua Penerangan PBS Tandek.
Parlimen Kota Marudu diwakili Datuk Seri Dr Maximus Johnnity Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek ialah Anita Baranting, kedua-duanya dari PBS.
Menyentuh soal rumah PPRT (PBR), Hendrus yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tandek menyatakan, sejak 2008 daerah Kota Marudu telah menerima kelulusan sebanyak 281 buah PBR dan telahpun siap sepenuhnya.
“Begitu juga tentang soal pengagehan peruntukan yang mana semua parti komponen BN menerima agehan peruntukan setiap tahun, khususnya Umno Kota Marudu dan menurut saya pengagehan seumpama ini tidak berlaku di semua kawasan yang tidak diwakili PBS,” kata Hendrus.
Hendrus seterusnya menyifatkan cara Baintin menuntut kerusi untuk ditandingi sebagai terlalu keras dan tidak cermat, sedangkan kedua-dua wakil rakyat sekarang terbukti telah berjaya membawa banyak perubahan.
“Dalam konsep perkongsian kuasa, Baintin seharusnya sedar bahawa menjelang pilihan raya umum akan datang, kerjasama serta hubungan rapat antara pemimpin komponen perlu diperkukuhkan,” kata Hendrus.
Menurut Hendrus, seorang pemimpin yang berkualiti sepatutnya tidak hanya taat kepada pemimpin parti tetapi juga kepada rakan komponen dan saya percaya itulah juga pendekatan yang sedang diguna pakai oleh pucuk pimpinan negara dalam mentransformasi politik.
Seperkara lagi menurut Hendrus, kemenangan BN dan pembangunan rakyat adalah sama penting dengan aspirasi suku-suku kaum yang perlu diambil kira dalam apa juga corak pemikiran yang direncanakan.
Sumber; Sabahkini
Khamis, 8 Disember 2011
Buka Mata
Kamu klik saja alamat youtub ini 1 - 6 supaya paham
Langgan:
Catatan (Atom)