"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 30 November 2010

DAYUS

ini alamat halaman yg mengutuk urang2 sabah budu butul .. kalau pun mara dengan 1,2 atau 3 urang atau kelumpuk2 kecil yang mimang inda patut d bagi sukungan, jangalah mangantam dan mangambur inda ketantuan macam urang2 sabah ini telingong butul dan indada tamadun...SIAL butul. ingat2lah bah juga urang2 lain ... bandira ini pun d kasi tabalik mangkali utak urang ini pun tabalik.

Sudara baru


Ketika murtad samakin menjadi-jadi d kalangan urang2 malayu dan adanya geraja kumpulan ini, si dusun yg d anggap oleh urang2 malayu kerstian salama ini... sana sini urang2 ini masuk silam karana d sababkan perkahwinan, dakwah, mimpi dan sabagainya. namun antara sabap2 berlakunya pemurtadan kerana kejahilan alisa buta hurup dengan islam, ini semua d sabapkan sikap urang2 silam itu sendiri inda mau balajar. manakala c mualap pulak yg murtad bukan hanya kejahilan tapi 1001 macam sabap2 yg mereka keluar .... yg kasalahan itu banyak datang dari urang2 silam asal secara langsung dan inda langsung, pihak berwajip dan karajaan...berjaya,usno berjaya kasi silam d sabah tapi berapa karat yg bertahan ? ini semua d lakukan atas pulitikkkk, jabatan agama pulak inda sungu2 bagi ilmu karana terkakang oleh karajaan itu alasan diuran...ada banar dan tidaknya. cukup d sini aki bagi tau ... kalau ada pertanyaan insyallah aki kasi panjang carita dia.

Isnin, 29 November 2010

Firaun wanita akhir zaman

Nasiplah matahari ini inda mangamuk dan bakar badan ko ...pandai2 saja mau kasi hak milik, telingong babal.

bila ko kasi baranak ini matahari ... ? sial mampus punya parangai, bulu ketiak ko pun inda buli ko cipta ini kan pulak matahari ...dengan tiba2 mangaku/kasi daftar ini matahari ko punya.

Macam dia saja yg cipta ini matahari ... kepala hotakkkk mampus, kumpulah kepala2 botak sagala bapak2 saintis dan nenek skali pun mampusssss sampai mati kalau dapat cipta benda2 di langit/bumi buduuuuu butul punya otak... macam indada karaja lain d pikir, ini semua jamaah dajal tanpa d sedari...hati2 kita umat silam.


MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi ( Kosmo )

81 Tahun Makan Api ?

manusia yg lupa asal usul... sikap,kehidupan,kematian inda lari macam binatang atau kala2 binatang. binatang indada akal utk berpikir bagi dia hanya makan dan mati.. manusia ada akal utk berpikir. wanita ini seperti berkata apa buli buat umur ku suda tua, inda dapat suda membagi kepuasan sama jantan2 kalau inda bulum bah saya ini bersara .....pasal kanyataan dia ni, mcm inda puas2 makan api naraka.

Pelakon lucah 81 tahun umum bersara

SHEILA VOGEL-COUPE

LONDON - Pelakon lucah berusia 81 tahun, Sheila Vogel-Coupe berikrar tidak akan berlakon dalam filem porno lagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia membuat pengumuman itu selepas perbuatannya menawarkan perkhidmatan teman sosial melalui sebuah agensi teman sosial dalam talian selama dua tahun selain berlakon dalam sebuah filem lucah didedahkan media.

Wanita itu merupakan nenek kepada seorang peserta yang menyertai program mencari bakat nyanyian X-Factor di televisyen, Katie Waissel.

"Saya tidak berhasrat untuk melakukan (berlakon) dalam mana-mana filem seperti itu (filem lucah) lagi," katanya.

Sebelum ini pendedahan nenek tersebut sebagai pelakon lucah telah memberi tekanan ke atas cucunya yang kini bertanding sebagai peserta dalam program nyanyian itu. - Agensi (kosmo)

Sabtu, 27 November 2010

Katak, tupai, kura2 mana ko suka ?

manusia kalau suda inda kanal Allah dengan yakin/iman dan berhukum pada ALLAH butul2 alamat manusia lebih jahat dari ANJING dan HARIMAU . . mati pulak tu kuburan d kawasaan kalas pertama d usung penuh adat kenagaraan. LUPAAAA kamu kan ? masuk surga nilainya bukan kuburan cantik dan berkalas, bertaraf 5 bintang atau 7 bintang ... bintang yg Allah nilai adalah IMAN amal soleh kita. MARI tanya diri kita masing2 .. solat kah kita.. ?
Apa pun ko cakap urang2 kampung pun buli nilai suda bahhhh ...

dulu masa pak lah dia d angkat bagaikan raja ....pasal inda puas ati dan inda bersyukur dia kemudian latak jawatan. bermulalah cerita demi cerita dia yg bukan2 sampai tahi dia di kasi tuang d mana2 oleh pihak2 yg maradang dengan parangai dia...bikin malu sama SILAM/ISLAM

Bikin hairannnn butul, kalau urang sabah sebut buat pati baru sagala bulu2 urang KL berdiri katakutan mala sagala bulu2 berguguran .. tapi kalau urang KL buat pati semua LULUS pendaftaran. Baru2 ini d sabah pemimpin2 EX USNO tarpakasa kasi bubar AJK penaja setalah pihak bertaitan inda kasi lulus pendaftaran..Tapi kalau C Zahid kata bulan satu tahun dapan akan lahir pati baru dia & lulus maka awal2 AKI cakap inda adil. Tapi kana ingat 1000 x inda d kasi lulus kalau rakyat kata TOLAK alamat TUMBANG masuk lungkang.

Malaysia Kini
Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan. Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di ibunegara malam ini, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan Januari ini.
NONEBeliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak. ( Berita lanjut http://www.malaysiakini.com/news/149300 )

Buta Hati Buta MATA


Manusia kalau suda buta hati dan buta mata ... apa saja di dapan mata inda kelihatan, apa lagi buta hati tatap saja inda menerima kebanara, Ada juga urang yang suda dapat kebenaran tapi langsung inda buat...urang ini nama saja islam tapi mcm urang bukan islam, mala seumur idup kempunan tikar solat menunggu

Jumaat, 26 November 2010

kaya yg berkorban.

Zamana ini harta adalah segalanya.. siapa yg kaya raya di anggap berjaya dan hebat, urang miskin pulak berabis melatakkan dirinya menjadi kaya..siang malam dan masa kehidupan di habiskan untuk berfikir dan berjuang untuk tujuan tersebut.

gaya hidup urang2 kaya memukau mata siapa yg melihat...sehingga pikiran dan perasaan setiap manusia terfokus ke arah kedengkian, cemburuh, sakit ati, inda sanang ati ...sarang2 kedengkian akibat c kaya yg menunjuk2 ini akhirnya mencetuskan macam2 kejahatan secara langsung.

ketika Allah dan Rasul di tinggalkan oleh kebanyakan manusia ... apa saja untuk berjaya, kaya, sanang inda lagi peduli siapa di depan dan di balakang...selagi ada peluang mengisap DARA inda d kasi lapas biar HARAM malahan kalau membunuh sakalipun peduli apaaaaaa kejadian ini bukan saja d luar negara tapi suda berlaku dalam negara kita.

Arak, perampuan, duit/kekayaan menyababkan ke imanan seseorang HANCUR jadi kita sebagai silam kana ingat2 perkara ini ... jangan sampai kita MAMPUS dengan angan2, pikiran/ati inda ingat Allah .. kaya inda sala tapi jadilah kaya macam sahabat nabi yang kekayaan diurang d kasi abis untuk membangunkan islam, dan miskin jadilah macam menantu nabi ALI yg miskin tapi kaya dengan iman.

Kalau ada 7 orang di Malaysia


Kalau ada 7 urang manusia sebarani macam pak habib ini, aki yakin malaysia aman dari panjahat2 agama, politik,budaya,masyarakat dan sebagainya...kumpulan pak habib ini sangat aktif benar melakukan operasi membantaras maksiat di indonisia. tanpa mengira mana2 pihak, bagi dia agama wajib di kasi tagak, wajib di perjuangkan..pengikut dia saja ratusan ribu yg sanggup melakukan apa saja demi agama. bukan karana pak habib ini orang kaya tapi kaya dengan perjuangan, kaya dengan semangat jihad.

DUN Sabah


Baru2 ini ada kawan aki mati2 tel mau bawa pigi dewan persidangan sabah untuk meninguk galagat2 dan cara diurang berhujah dan membahas usul yang di kasi sampai oleh CM ... tapi siaba bah aki ini ? indada kalayakan masuk di dewan. Tapi bukan itu kalayakan sabanarnya kalau di pikir2 kan...sejarah dahulu kala pemimpin2 hebat, indada pun kalayakan sijil ..tapi 2/3 dunia ini d tangan diurang...kanapa ? pasal diurang ikuta undang2 Allah. Bikin hairan juga konon bersidang tapi kursi2 banyak yang kusung aaaaaaaa bah tungu kamu urang kampung isi heheheh inda lojik kan ? tapi AWASSSS tangan urang kampung pada PRU ke 13

Khamis, 25 November 2010

mata-mata


Mata ini cantik kan ... ? tapi ati2 kita tantang mata ini.. mata ati, mata batin,mata2 dan sagala mata2 pasal di buli marakap apa saja kita buat...masa malam atau siang, batapuk atau tarang2. malaikat antara mata2 yg inda parna menipu apa dia tulis pasal parjalanan hidup kita manusia.

Jumaat, 19 November 2010

GADAFI






siapa inda kanal manusia ini ...semua dunia kanal manusia ini sama ada kawan dia atau musuh dia apa lagi tatap kanal. Balalang padang pasir yg di takuti oleh barat kata2 dia..dia antara pemimpin dunia yg manampilkan aqida,budaya,tegas,berani, inda tunduk..dia juga antara pemimppin dunia punya pangawal peribadi perampuan.

Antara muka2 pangawal (perampuan) peribadi gadafii, pada aki gadafi mengambil perampuan sabagai pangawal bertujuan memperlihatkan dunia bahawa dia antara pemimpin yang hebat.

Libiah nagara kering kontang...namun atas pemikiran gadafii negara beliau inda kebuluran.

setiap kali lawatan beliau di negara2 barat 5 atau 6 buah jet akan bersama perjalanan beliau masing2 menyimpan perbagai keperluan. manakala pangawal perampuan yg berani mati seramai 40 orang inda tarmasuk pengawal lelaki...dia juga inda mau naik kereta yg di sediakan oleh pihak negara yg dia lawat... semua dia bawa dari negaranya.

Khamis, 18 November 2010

merapi mangamuk lagi

Bila Ajal Telah Tiba

Hadith :

Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”

Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745

Huraian
Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.

marapi mangamuk lagi...ini sabagian gambar2 yg buli kita ambil pangajaran, dunia ini bukan kakal dan apa saja yg ada di dunia ini. kamatian juga bila2 inda kira urang kaya ka atau miskin pasti mampussssssss...jadi apa kita tambirang2 dalam idup.

kalau Allah kata jangannnnnnnnnnn buat janganlah buat, kalau Allah bilang jangan minum arak, main parampuan, menindas dan sabagainya janganlah bah. Umur kita bulan panjang atau inda mati.

lukisan alam...lebih cantik dari apa kita buat kan ? subahan Allah
kambalilah kita kapada Allah.

sumbar gambar
http://www.boston.com/bigpicture/2010/10/dual_disasters_in_indonesia.html

Rabu, 17 November 2010

NO 1 apa ... ?

ini yb bul senyum2 .... tataplah ko no.1 bah apakah indanya kan yang berhormat
yang rakyat angkat tangan juga tapi masam muka.

Sajak najip naik d putara jaya sampai sikarang ini aki indada kanampakan pasal agama dia kasi perjuang dalam bentuk ucapan atau sikap dia ... pokoknya bulum ada apa2 yg dia buat sabagai lonjakan atau kalainan antara PM2 laini ... kalau ada pun bikin jahanam dan kasi tangalam ini malaysia akibat sunami, apa indanya dia mau kasi jadi ini malaysia sabagai nagara hiburan tujuan dia supaya palancung ramai2 datang d malaysia buat karaja maksiat. Antara maksiat yg tatap barlaku masa itu... minum sagala yg memabukkan, tarian segala jenis, kasi puas batang buruk dan macam2 nanti.... sikarang ini pun apa kurannya d mana2 pun kanampakan karaja diurang ini.

Lupa pulakkkkkk apa ertinya 1 malaysia ? d mana2 kalau urang bagambar tangan tatap tangan menunjukkan No. 1 islam ka inda sama saja ...inda apa kalau 1 itu d jadikan akida ' tiada tuhan ku sembah malaingkan Allah, rasul saw itu nabi ku ' itu bagus lah .... jangan2 sambahyang pun inda mau angkat2 tangan 1 ....tapi mimang ada bah sabaanarnya d malaysia ini no. 1 ( No. 1 penipu, perumpak,penyamun, rasuah, penjudi, pembunu, pembuyukk.... sagalanya no 1


Jumaat, 5 November 2010

Urang kaya

Mana2 saja urang kaya d dunia ini .... ada2 saja diurang buat yg inda malambangkan kajadian manusia yg d gambarkan oleh Allah dlm quran. malang butullll ...!


Adik Sultan Brunei halang juri lihat patung erotik





MANHATTAN - Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.

Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.

Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.

Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

"Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu," kata Cymrot.

Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006. - Agensi


Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM