"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 31 Mac 2009


Sebantar tadi Mr. Aki tingok Tv9 yg d kandalikan oleh Dato Dr. Fadilah, dan sdr. Neclos sabagai tamu jamputannya membincangkan hal2 saudara baru yang terpinggir. Oleh karana Mr. Aki juga saudara baru maka wajar pihak kerajaan melantik seorang senator d kalangan kami, sebagai mana pihak2 lain punya wakil bersuara d parlimen. Mr. Aki berkata demikian pasal d ujung rancangan Dato Dr. Fadilah sebantar tadi juga membuat cadangan pada karajaan agar melantik senator mualaf, kerana urang mualaf saja tau hal mualaf....

oleh yg demikian Mr. Aki minta sahabat2 seagama dengan Mr. Aki agar kopi kenyataan SMS d bawa ini dan kasi pos d buluk saudara, agar karajaan bertindak segara membantu gulungan mualaf ini. inda rugi kalau kita semua bantu saudara kita ini.



ARKIB : 30/09/2008 ( Utusan Malaysia )

Lantik senator Dusun jaga kebajikan mualaf KOTA MARUDU 29 Sept. – Kerajaan diminta melantik seorang senator yang terdiri daripada etnik dusun beragama Islam bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan mualaf di Sabah. Penyelaras Program-Program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah (gambar) berkata, perkara tersebut penting supaya nasib saudara-saudara baru di negeri ini tidak terabai sekali gus terbela. ‘‘Senator ini akan menjaga hal ehwal dan keperluan masyarakat mualaf di Sabah seperti mana senator dilantik daripada kalangan Orang Asli di Semenanjung untuk menjaga komuniti mereka. ‘‘Kami melihat perkara ini sangat perlu kerana nasib saudara-saudara baru semakin hari semakin tidak diendahkan termasuk masyarakat Islam sendiri,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata, senator itu juga perlu merupakan seorang mualaf kerana hanya mereka mempunyai pengalaman sebagai saudara baru serta amat memahami apa yang diperlukan. Pada masa yang sama, Mohd. Nazri meminta para dermawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam supaya prihatin dan tidak meminggirkan golongan itu yang amat memerlukan bantuan. ‘‘Ramai mualaf yang sudah memeluk Islam lebih 20 tahun, tetapi tidak pernah menerima zakat atau bantuan lain. “Kita juga tidak mempunyai kompleks khusus untuk saudara baru menjalankan aktiviti. ‘‘Malah, kelengkapan asas untuk beribadah seperti sejadah, al-Quran, telekung, kain pelikat dan sebagainya disumbangkan oleh beberapa individu yang prihatin sahaja,’’ katanya. Katanya lagi, rata-rata yang memeluk Islam di Sabah datang daripada kumpulan etnik yang berbeza dan saudara baru itu amat memerlukan bimbingan dan bantuan saudara sesama Islam. Tambahnya, bagi sesiapa yang ingin menyumbang wang atau memberi sebarang bentuk bantuan boleh berhubung di talian 019- 8827449.

Pahit2 Manis 1

Alhamdulillah Mr. Aki baru siap makan, isap sigup lepas makan memang sedappp... macam Mr. Aki yang suda tua indada suda d pikir2 selain menanti ' Mati ' pasal suda tua, selain kasi banyak amal Mr. Aki inda puas2 kasi ingatan cucu2 sia agar main pulitik biarlah ada pagangan dan parinsip jangan membuntut saja... itu indada guna, kalau YB buat dosa pada rakyat masti kasi ajar supaya dia kasi butul karaja dia...kalau tidak indada guna kita sukung dia... kamu paham juga tujuan sia cakap ini kan ? kamu ada sikul gunalah pikiran. Ketika ini 3 tempat sedang buat pilihan raya, Mr.Aki memasan pada kamu, agar bersikap berani pada pemimpin tegur dia kalau ada kamu urang inda suka perangai dia ka, cakap dia ka, janji dia ka atau apa sahaja ... supaya dia kasi butul dan inda buat lagi perangai yg kamu inda suka. Kalau dia inda ingat jangan menyasal bilang pada dia ... tugas jadi pemimpin macam kuli bah... bukan macam raja, guyang2 kaki saja. D Sabah BN manang karana kami mengukum pemimpin2 kami akhirnya diurang kasi bagus keraja, meskipun masi ada d antara diurang inda berapa bagus... tapi kira ok suda cikit2, nah ilmu ini kamu urang pakai ' BERANI ' tegur, biar urang nampak kita macam pembangkang tapi sebanarnya kita buat macam itu karana kita sayang dia ...

Majlis Daerah Ranau beri amaran haiwan berkeliaran akan dilelong




Bah siuk juga karaja kamu urang ini, main tangkap2 sapi demi kebercian pekan, bandar. Oleh itu sia cadangkan pegawai2 d Tandek, Kota Marudu, Kota Belud dan mana2 saja yang ada sapi,karabau,kambing ... yang suka2 saja tuan dia kasi lapas dia punya piraan meniru pagawai Ranau buat karaja. Sia puji kamu urang berani ... si pemilik pulak macam indada pikiran, macam karabau, sapi, kambing dia juga, kalau mau jadi penternak ok bah indada urang mara... kamu kaya pun kamu juga yang untung tapi janganlah kasi lapas,inda apa kalau kamu urang juga yang pungut itu tahi dia .... banyak kajadian suda gara2 kamu punya binatang tidur d jalan2. Bila kana langar kamu mangamuk indada ketantuan ... indada utak butul, serupa itu karabau, sapi dan kambing. Kasianlah pada keluarga kematian anak bini, gara2 talangar binatang kamu... Budu butul punya parangai.


Utusan Malaysia

RANAU 30 Mac - Majlis Daerah Ranau (MDR) memberi amaran tindakan tegas termasuk menangkap dan melelong haiwan ternakan khususnya lembu yang dibiarkan berkeliaran di sekitar pekan berkenaan.

Pegawai Eksekutifnya, Jupirin Ruhimin berkata, masalah haiwan berkeliaran itu mengganggu lalu lintas dan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.

Tambahnya, tindakan tegas itu terpaksa diambil kerana masih ramai pemilik haiwan bersikap tidak ambil peduli dan enggan mematuhi amaran yang telah dikeluarkan oleh MDR sebelum ini.

''MDR akan menangkap dan melelong haiwan-haiwan yang berkeliaran jika pemilik tidak datang mengambil semula haiwan ini selepas notis iklan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu haiwan berkeliaran di sekitar pekan Ranau sehingga mengganggu orang awam terutama pemandu kenderaan.

Haiwan-haiwan itu juga dikatakan menyebabkan persekitaran pekan Ranau kotor kerana terdapat tompokan najis lembu dan sampah sarap daripada tong sampah yang diselongkar haiwan terbabit.

Jupirin berkata, masalah haiwan berkeliaran semakin sukar dibendung kerana MDR turut mengalami masalah kekurangan kakitangan.

''Masalah sekarang ini, kita susah untuk membuat tangkapan kerana kekurangan kakitangan. Kita belum dapat mengambil pekerja baru kerana faktor kemampuan bayaran gaji.

''Justeru, MDR meminta kerjasama pemilik haiwan ini jangan membiarkan ternakan mereka," ujarnya.

Beliau berkata, kebiasaannya haiwan-haiwan itu berkeliaran untuk mencari makanan kerana pemilik mereka memagar kawasan rumput terutama pada musim mengetam padi.

Bagaimanapun, katanya, MDR tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu demi memastikan imej pekan Ranau tidak terjejas.

Urang Bukit






Bah kita jumpa lagi aaaa, kali ini sia mau carita kamu urang pasal kampung sia d bukit. Supaya kamu urang tau keidupan kamik, urang bukit macam kamu urang juga yang tinggal d tana rata atau d pekan2 dan bandar. Makan nasi juga, Cuma dulu2 kamik makan ubi, jarang jumpa beras pasal kamik urang indada sawa padi macam urang tana rata... kamik urang tanam padi bukit setahun sekali saja, itupun kalau jadi padi kamik.. buli bertahan setahun buat stok ( ubi + beras ) tapi itupun jarang2 kecukupan. Mau tidak mau kamik pigilah minta kasian urang2 tana rata “ Tumalad “ mengatam padi diurang. Dapatlah kami padi cikit2 , padi itulah kami sikut bawa pulang naik bukit bikin kasi idup kamik. Tapai sangsara jugalah, manangung malu di sindir2 oleh mereka ini... apa buli buat mau idup. Tapi sikarang sukurlah pada Allah idup kamik baruba sedikit pasal kamik ada tanam gata... waktu araga gata naik dapatlah kamik kumpul duit, yang basar kabun gata diurang dapat membali kurita, motor, basikal... jadi urang tana rata inda buli tambirang suda sama kamik. Pasal karaja kamik buli d katakan antara manusia yg abagos – RAJIN- mangalakan sebahagian urang tana rata. Bah cukup dulu panganalan keidupan kamik urang bukit aaa lain kali sia sambung carita kamik ...

Isnin, 30 Mac 2009

Jangan jadikan tiga pilihan raya ’pungutan suara’

Pengundi inda lagi budu macam tahun2 50an ba.. indapaya kasi tau kali2 rakyat suda tau mana kaca dan mana intan. Dulu kou timbak pak Lah, kali ini kalau kou d timbak .. apa kau rasa ? awal2 kou menjawab kan ... kanapa inda sabar macam pak Lah aaaa

30/03/2009 4:35pm

SUNGAI PETANI 30 Mac — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara” penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional (BN) oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sememangnya pilihan raya kecil itu mempunyai signifikasi kerana secara kebetulannya proses peralihan kepimpinan dan kuasa itu berlaku ketika tiga pilihan raya kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak serta Parlimen Bukit Gantang, Perak diadakan.

“Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat jentera pilihan raya BN di Bilik Gerakan BN Merbok di sini hari ini.

Katanya pengundi perlu mengambil kira situasi masa depan negara dan penambahbaikan dasar serta pendekatan untuk membangunkan negara tanpa menyisihkan mana-mana kaum di negara ini.

“Kita nak melaksanakan program sosial yang lebih berkesan dan ini kita nak buat dalam tempoh yang berlaku tidak terlalu lama. Kita akan mulakan sekarang dengan perubahan kepimpinan yang baru,” tambah beliau. — Bernama

Harga ayam turun lagi esok


Dalam tv, surat kabar balik2 karajaan bagi tau araga ayam suda turun ... tapi kalau kita urang tingok d pasar2, araga ayam inda juga turun. Apa lagi kalau kita pigi makan d kadai2 itu daging ayam buli d katakan inda kanampakan, pasal kedekut punya hal ... mau untung besar itu isi ayam d putung2 nipis macam kulit bawang ... kalau inda percaya cuba kamu urang pigi makan sup ... jadi kami yang tinggal d bukit2 talan air liur saja bila pigi d pekan. Siapa punya karaja ini .. kalau kasi pantau itu araga buatlah butul2 ba..sampai d pekan2 dan kampung2 kasianlah kami urang yg inda cukup pandapatan.


30/03/2009 6:47pm

KUALA LUMPUR 30 Mac — Harga ayam pedaging akan turun lagi sebanyak 30 sen sekilogram di seluruh negara mulai esok, pengumuman kedua penurunan harga selepas yang pertama pada Khamis lepas.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia Kwei Yew Tong berkata harga ayam ladang turun daripada RM3.30 kepada RM3 sekilogram, harga borong daripada RM4 kepada RM3.70 sekilogram dan harga runcit daripada RM4.70 kepada 4.40 sekilogram.

Harga borong ayam bersih akan turun daripada RM4.70 kepada RM4.35 sekilogram sementara harga runcit ayam bersih dengan betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM5.55 kepada RM5.20 sekilogram.

Dalam kenyataan beliau di sini hari ini menyatakan bahawa harga runcit ayam bersih tanpa betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM6.90 kepada RM6.50 sekilogram.

Katanya harga ayam turun disebabkan bekalan ayam berlebihan di Semenanjung Malaysia berikutan dengan kegawatan ekonomi.

Beliau berharap pengguna mengambil peluang dengan penurunan harga ini agar membeli lebih banyak ayam untuk mengurangkan bekalan berlebihan. Bagaimanapun penurunan harga ini hanya bagi ayam pedaging untuk kegunaan tempatan dan bukan untuk eksport.

— BERNAMA

Dr Mahathir akan sertai semula Umno

dulu urang ini kata macam2 pada UMNO dan Pak Lah, hari ini masuk UMNO jenis manusia apa dia aaaaa... aku yg inda sikulpun inda buli terima jenis manusia ini. Inda taulah kamurang yg sikul tinggi2 .. ? kalau urang macam ini ada d sabah, apa kita buat ... ? cakap inda sarupa bikin .. palui butul punya parangai... ba pikir2lah kita urang aaaaa aku pigi tanan ubi dulu sanaaa tabasan sia.

29th March, 2009 - Sabah Times

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin berkata beliau akan kembali menyertai Umno.

Katanya, beliau akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai `sele-pas beberapa perkembangan’.

“Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian. Saya sedang menunggu beberapa perkembangan,” kata-nya kepada pemberita selepas hadir me-ngikuti hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pada 19 Mei tahun lepas, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Star mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

Dr Mahathir dilihat memasuki Dewan Merdeka bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kehadiran beliau disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan yang turut berdiri untuk memberikan penghormatan.

Dr Mahathir juga kelihatan menganggukkan kepala bagaikan bersetuju apabila Muhyiddin meluahkan harapan untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali menyertai Umno secara rasmi.

Muhyiddin juga berkata kedatangan Dr Mahathir seolah-olah mengiktiraf barisan kepimpinan Umno yang baru dengan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Dr Mahathir kemudian turun ke pentas utama dan bersalam-salaman dengan Per-dana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kemudian menjulang tangan bersama-sama Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyid-din.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr Mahathir berkata pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya ba-hawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.

“Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meya-kinkan saya ada perubahan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru Umno memberi gambaran baik bahawa parti itu akan ber-ubah ke tahap yang lebih cemerlang ber-banding sebelum ini.

“Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan,” katanya.

Dr Mahathir menerusi laman blognya, CheDet.com, sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2008 kerana berpendapat bahawa Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

“Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah,” katanya di dalam blog itu.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengalu-alukan kemasukan semula Dr Mahathir ke dalam Umno kerana tindakan itu akan memperkuat lagi Umno dan juga kerajaan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut melahirkan kegembiraannya dengan kehadiran Dr Mahathir bersama Abdullah dan Najib yang digambarkannya sebagai “detik permulaan, era baru untuk Umno.”

Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata pertemuan Abdullah dan Dr Mahathir dalam perhimpunan kali ini menunjukkan perpecahan adalah perkara yang tidak seharusnya berlaku (terutama sekali) kerana Umno akan menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ini terutama bagi menghadapi tiga pilihan raya kecil, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, nanti.

“Ahli Umno tidak boleh berpecah belah dalam soal semangat dan

cuba kamu urang tingok gambar d bawa ini ... apa pandapat kamu urang ? inilah ba.. diurang ini masa minta undi urang mati pun buli d kasi idup ... suda dapat itu jawatan inda tingok urang suda ... basalam pun inda atau kalau basalam pun macam kami urang bukit itu tangan sampai inda sampai .. pasal tangan kami ini hitam2 dan kutur, tapi inda apa2 ... kami tau juga mambalas masa akan datang

BN akan nyatakan perkara sebenar


Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir dan Ismail Saffian (tengah) menziarahi Zainuddin Zainal Abidin, 10, dengan diperhatikan bapanya, Zainal Abidin Mohamed (kiri) di Taman Kaya Taiping, semalam.


TAIPING 29 Mac - Jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang Barisan Nasional (BN) akan berusaha sebaik mungkin untuk menyatakan perkara yang benar berkaitan peralihan kuasa yang berlaku di Perak.

Berbeza dengan pakatan pembangkang yang dijangka menggunakan taktik meraih simpati ekoran keadaan tersebut, BN tidak akan sekali-kali memainkan sentimen yang akan membuatkan pengundi rasa bersedih.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN yakin usaha berkenaan akan menempa kejayaan kerana rakyat dan pengundi di Bukit Gantang sudah bijak, bersikap rasional dan boleh berfikir dengan baik.

''Kita sedar ada tuduhan daripada pembangkang adalah tidak berasas, mereka melakukan itu untuk meraih simpati. Mereka nampaknya tidak melakukan perkara yang betul iaitu mematahkan hujah BN.

''Mereka tidak sepatutnya meraih simpati rakyat. Kita akan buat penjelasan dengan fakta dan undang-undang yang ada," katanya kepada pemberita selepas mengiringi calon BN, Ismail Saffian ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Perbandaran Taiping di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengarah bagi tiga pilihan raya kecil; Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air berkata, usaha memberi penjelasan itu walaupun agak sukar namun ia terpaksa dilakukan supaya rakyat tahu situasi sebenar.

Jelas beliau, ia juga merupakan satu cabaran bagi BN yang berhasrat meneruskan agenda membela nasib rakyat di negara ini.

''Rakyat perlu sedar... kalau kerajaan negeri sekarang tidak sah, ini bermakna kita tidak boleh memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Lihatlah betapa banyak kerja telah dilakukan oleh kerajaan negeri BN sekarang.

''Kerajaan negeri sekarang memang berfungsi dan ini berbeza dengan Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau nyata sekali sudah tidak ada di pejabat, malah banyak tindakannya yang telah melanggar undang-undang," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, penggantungan akhbar Pas, Harakah dan akhbar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah mereka jelas melanggar undang-undang dan Akta Percetakan.

Jelasnya, tidak ada mana-mana pihak yang melebihi undang-undang dan ini termasuklah media pembangkang atau media pihak mana sekali pun.

''Perkara itu tidak boleh dijadikan isu semasa kempen pilihan raya kecil ini kerana kalau tidak puas hati boleh buat rayuan.

''Ini (penggantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan) bukan tindakan yang sewenang-wenangnya, ia dibuat mengikut undang-undang," katanya.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM